Berjaya Vacation Club Berhad

Member Beware

30 APR 2014

NOTIS


Ahli-ahli yang dihargai,

 

DASAR PRIVASI UNTUK BERJAYA VACATION CLUB BERHAD (‘BVC”)

Sehubungan dengan Akta Perlindungan Peribadi 2010 yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengawalselia pemprosesan data peribadi, kami komited untuk memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi selaras dengan undang-undang.

Kami bertanggungjawab untuk memastikan data peribadi anda selamat dan dilindungi mengikut undang-undang.  Data and butiran peribadi anda yang diberi kepada kami sewaktu menjadi ahli BVC, sewaktu membuat penempahan penginapan atau sewaktu anda mengemaskini butiran peribadi dari masa ke semasa akan kami gunakan untuk operasi perkhidmatan.  Kami akan mengunakan data atau butiran peribadi anda mengikut polisi peribadi (seperti lampiran) dan mengikut undang-undang yang tersedia ada.  Polisi Peribadi Syarikat menerangkan bagaimana kami menggunakan dan menyimpan informasi tentang butiran peribadi anda.

Sila maklum bahawa kami perlu memproses data peribadi anda bagi meneruskan keahlian anda di BVC dan membekalkan produk serta perkhidmatan yang disediakan oleh BVC. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Dasar Privasi ini, sila maklumkan kami dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis ini.  Sekiranya kami tidak menerima sebarang maklum balas dari anda dalam tempoh yang dinyatakan kami beranggapan bahawa anda tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap Dasar Privasi ini.  Anda boleh pada bila-bila masa meminta salinan dan membuat  pembetulan kepada data maklumat peribadi anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan secara bertulis menerusi alamat yang dinyatakan di bawah.

Kami boleh dihubungi di:

BERJAYA VACATION CLUB BERHAD

Lot 5-04, Level 5, Fahrenheit 88

179 Jalan Bukit Bintang

55100 Kuala Lumpur

Tel:   603-2116 9999

Fax:  603-2141 9288

 

 

 

THE MANAGEMENT

BERJAYA VACATION CLUB BHD

DASAR PRIVASI

Privasi anda adalah keutamaan kami. Dasar Privasi ini menerangkan polisi kami mengenai pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Maklumat Peribadi anda. Pemprosesan maklumat peribadi anda juga tertakluk kepada peruntukkan undang-undang. Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada kami sekarang atau dari masa ke semasa atau yang telah diberikan kepada kami sebelum ini akan diguna dan diproses mengikut Dasar Privasi ini (yang mana Dasar Privasi ini boleh dipinda, diubah, atau disemak semula dari masa ke semasa oleh kami). Sekiranya penyemakkan semula dan pindaan dilakukan keatas Dasar Privasi ini, kami akan memaklumkan kepada anda akan pindaan tersebut di laman web kami atau menghantar satu salinan Dasar Pivasi yang telah terpinda melalui pos atau e-mel, mengikut cara pilihan anda bagi penerimaan notis daripada kami.

Di Dalam Dasar Pivasi ini,

"BVC" bermaksud Berjaya Vacation Club yang di miliki dan diuruskan oleh kami.

"Kumpulan Berjaya" bermaksud Berjaya Corporation Berhad termasuk anak-anak syarikat, syarikat-syarikat berkaitan dan syarikat-syarikat bersekutu Berjaya Corporation Berhad.

"Resort Percutian" bermaksud hotel, resort, kondominium, apartment, chalet dan tempat-tempat penginapan yang disediakan berhubung dengan keahlian BVC anda, termasuk hotel affiliate kami.
 
"Maklumat Peribadi" bermaksud mana-mana maklumat dalam milikan atau kawalan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda (atau mana-mana individu lain) di mana anda (atau individu lain) dikenalpasti atau boleh dikenalpasti daripada maklumat itu atau  maklumat lain dalam milikan kami.

"Produk dan Perkhidmatan" bermaksud produk, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan berhubung dengan keahlian BVC anda, termasuk tempat-tempat penginapan dan perkhidmatan di Resort Percutian.

"Kami" bermaksud Berjaya Vacation Club (Company No. 237313-P).

1.     Maklumat Peribadi

1.1     Maklumat yang telah kami kumpulkan daripada anda

Maklumat peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, yang berikut ini:-

  • butir-butir peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, umur, jantina, bangsa, kewarganegaraan, tarikh lahir, alamat, status perkahwinan, nombor telefon, alamat e-mel, foto dan butir-butir lain
  • butir-butir, foto dan maklumat perhubungan ahli keluarga anda yang juga pemegang kad tambahan, nominee anda dan tetamu-tetamu anda
  • maklumat berkaitan dengan Produk dan Perkhidmatan yang anda mungkin telah membeli atau apabila anda telah mendaftarkan minat anda untuk membeli, mendapatkan maklumat dan maklumat terkini, pertanyaan dan yang lain-lain
  • bil, status pembayaran dan rekod
  • lain-lain maklumat yang telah atau akan dikumpulkan oleh kami, Resort Percutian atau Kumpulan Berjaya, atau maklumat yang anda berikan kepada kami, Resort Percutian atau Kumpulan Berjaya, dari masa ke semasa, berkaitan dengan mana-mana  perkhidmatan, urusniaga, peraduan, tinjauan pasaran, promosi, soal selidik  atau komunikasi dengan kami, Resort Percutian atau Kumpulan Berjaya
  • minat peribadi serta kegemaran seperti bahasa pilihan anda, produk, kandungan maklumat yang diminati serta cara penyampaian atau pemasaran yang anda gemari
  • imej dan foto anda, daripada  video pengawasan yang dipasang di premis kami bagi tujuan  keselamatan
  • nama pengguna, kata laluan dan lain-lain pengenalan diri apabila anda mendaftar di laman web kami
  • apabila anda melayari laman web kami, beberapa maklumat mengenai komputer anda akan dikumpulkan secara automatic seperti alamat IP, perisian pelayar web dan lain-lain maklumat yang berkaitan

Sesetengah maklumat yang diminta oleh kami adalah wajib dan dipersetujui oleh anda kerana ianya mandatori bagi tujuan pemprosesan maklumat tersebut di pihak kami, dan sekiranyanya anda gagal memberikan maklumat tersebut kami tidak boleh membekalkan maklumat, Produk dan Perkhidmatan atau berkenaan dengan keahlian BVC anda.

1.2     Cara –cara bagaimana Maklumat Peribadi anda dikumpulkan

  • apabila anda memohon untuk menjadi ahli BVC
  • apabila anda membuat tempahan untuk penginapan di mana-mana Resort Percutian dengan kami, sama ada melalui laman web kami atau kaedah lain
  • apabila anda membeli atau mendaftar minat anda dengan kami untuk membeli Produk dan Perkhidmatan atau untuk mendapatkan maklumat dan kemas kini
  • apabila anda melawati laman web atau laman rangkaian sosial kami
  • apabila anda menyertai pertandingan atau respon keatas tinjauan pasaran, promosi atau soal selidik
  • daripada sumber-sumber pihak ketiga seperti agensi-agensi rujukan kredit atau sumber-sumber rekod awam
  • dari Resort Percutian atau mana-mana syarikat dalam Kumpulan Berjaya
  • melalui mana-mana transaksi atau pertanyaan atau komunikasi yang telah dibuat kepada atau dengan kami
  • apabila anda, keluarga anda atau tetamu-tetamu anda mendaftar atau melawat, atau menggunakan kemudahan, di Resort Percutian

1.3     Tujuan pengumpulan  dan pemprosesan maklumat peribadi anda

  • untuk berkomunikasi dengan anda
  • untuk memproses permohonan, pertanyaan atau permintaan anda
  • untuk memperuntukkan Produk dan Perkhidmatan atau lain-lain produk dan perkhidmatan yang diminta
  • untuk tujuan pentadbiran, termasuk bil, bayaran dan kutipan hutang
  • untuk memberi maklum balas terhadap pertanyaan anda
  • bagi tujuan  penyelidikan dan analisa statistik
  • untuk pemantauan dan peningkatan perkhidmatan kami
  • bagi mematuhi undang-undang yang terpakai, prosiding atau pertanyaan daripada pihak berkuasa dan agensi-agensi penguatkuasaan
  • sebarang tujuan lain yang dibenarkan oleh undang-undang
  • untuk memasarkan dan mempromosikan lain-lain produk dan perkhidmatan yang ditawarkan atau yang mungkin ditawarkan oleh kami, Kumpulan Berjaya, Resort Percutian atau rakan niaga kami dari masa ke masa
  • bagi  tujuan pasaran  langsung
  • untuk pembekalan maklumat maklumat terkini mengenai Produk dan Perkhidmatan kepada anda

1.4     Data Peribadi Sensitif

  • "Data Peribadi Sensitif" bermaksud apa-apa data peribadi yang  mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang serupa, perlakuan atau pernyataan atau apa-apa kenyataan  kesalahan atau data peribadi yang ditetapkan di bawah undang-undang sebagai data peribadi yang sensitif.
  • Jika anda memilih untuk mengemukakan Data Peribadi Sensitif anda kepada kami, data tersebut akan dianggap sebagai Maklumat Peribadi yang akan tertakluk kepada terma-terma dan pencakupan Dasar Privasi ini, termasuk juga bagi tujuan pemprosesan, penggunaan dan pendedahan  data tersebut. 

2.     Pendedahan Maklumat

Bagi memudahkan tujuan-tujuan yang tersebut di atas serta pembekalan produk dan perkhidmatan kepada anda, kami akan memproses, menggunakan dan mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada  pihak ketiga mengikut pengkelasan yang  berikut ini: -

  • Resort Percutian
  • syarikat-syarikat di dalam Kumpulan Berjaya
  • pembekal perkhidmatan pihak ketiga
  • agensi-agensi kutipan hutang (berkenaan dengan hutang anda kepada kami)
  • agensi pelaporan kredit
  • saluran pembayaran, termasuk tetapi tidak terhad kepada, institusi kewangan bagi tujuan penyimpanan rekod kewangan, penilaian atau pengesahan kredit serta kemudahan pembayaran  kepada kami
  • pihak berkuasa dan agensi-agensi penguatkuasaan
  • mana-mana mahkamah undang-undang atau bagi tujuan prosiding/tindakan undang-undang
  • kontraktor, pembekal perkhidmatan, perunding, juruaudit dan penasihat kami sekadar makluman yang diperlukan sahaja
  • mana-mana pemegang serah hak atau pemeroleh yang sebenar atau bakal penerima pindahmilik, atau pemeroleh mana-mana syarikat atau perniagaan Kumpulan Berjaya atau berkenaan dengan perlaksanaan korporat

3.     Pemindahan Keluar Maklumat Peribadi Dari Negara Malaysia

Maklumat Peribadi anda juga boleh dipindahkan keluar dari negara Malaysia. Anda adalah dengan ini telah memberi persetujuan kepada kami untuk pemindahan Maklumat Peribadi anda keluar dari negara Malaysia, dan ini termasuk kepada pihak ketiga seperti yang dinyatakan didalam pengkelasan diatas.

4.     Akses atau Pembaharuan/Kemas Kini  Maklumat Peribadi anda

4.1     Anda adalah bertanggungjawab untuk memberikan maklumat peribadi yang tepat dan lengkap tentang diri anda serta orang lain (sebagai contoh: suami/ isteri anda, anak-anak, saudara-mara, nominee, tetamu atau pihak ketiga) yang mana maklumat peribadi mereka telah diberikan oleh anda kepada kami, dan oleh itu, jika maklumat peribadi tersebut didapati tidak tepat dan lengkap atau tidak dikemaskini, anda dikehendaki untuk membuat pembetulan atau mengemas kini maklumat peribadi tersebut dengan menghubungi kami atau mengemukakan maklumat-maklumat yang terbaru kepada kami. Anda mengesahkan bahawa anda mempunyai kebenaran dan kuasa untuk mengemukakan Maklumat Peribadi ahli keluargan, nominee dan tetamu-tetamu anda kepada kami.

4.2     Anda boleh menulis kepada kami di alamat yang tertera di Seksyen 6 di bawah ini:

  • untuk memohon satu salinan Maklumat Peribadi didalam simpanan kami
  • untuk memohon bagi membuat  pembetulan atau bagi mengemaskini Maklumat Peribadi anda

Anda adalah dikehendaki memberikan bukti identiti anda, alamat serta maklumat yang mencukupi untuk membolehkan kami mengenal pasti anda semasa permohonan bertulis dikemukakan kepada kami.

4.3     Selepas menerima permohonan bertulis anda, kami mempunyai pilihan untuk:

  • mematuhi atau menolak permohonan anda bagi mengakses atau membetulkan Maklumat Peribadi anda. Jika penolakan dibuat, kami akan memaklumkan sebab-sebab penolakan tersebut
  • mengenakan yuran pemprosesan keatas permohonan anda untuk mengakses atau membetulkan Maklumat Peribadi anda

5.     Menghadkan pemprosesan  Maklumat Peribadi anda

Jika anda:

  • tidak mahu menerima tawaran, promosi dan bahan-bahan pemasaran  serta  maklumat mengenai produk-produk dan perkhidmatan yang lain daripada kami, Kumpulan Berjaya, Resort Percutian atau rakan-rakan perniagaan kami; atau
  • jika anda mengkehendakki kami memberhentikan pemprosesan Maklumat Peribadi anda dengan maksud/tujuan  tertentu atau dengan cara yang tertentu.

sila hubungi kami secara bertulis kepada alamat yang dinyatakan dalam Seksyen 6 di bawah. Sekiranya tiada sebarang makluman bertulis diterima daripada anda, kami akan menganggap bahawa anda telah bersetuju dengan pemprosesan, penggunaan dan penyebaran Maklumat Peribadi mengikut kehendak bidangkuasa Dasar Privasi ini. Oleh yang demikian itu, jika sekiranya anda tidak bersetuju dengan pemprosesan Maklumat Peribadi anda seperti yang tersebut di atas, kami tidak dapat membekalkan Produk dan Perkhidmatan, atau lain-lain produk serta  perkhidmatan seperti yang dipohon atau berkenaan dengan keahlian BVC anda.

6.     Bagaimana untuk menghubungi kami: -

BERJAYA VACATION CLUB BERHAD


Lot 5-04,  Level 5, Fahrenheit 88
179, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel:    603-2116 9999
Fax:    603-2141 9288

Email:    bvc@berjaya.com.my



THE MANAGEMENT
BERJAYA VACATION CLUB BHD




Nota:
Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia untuk Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai sebagai rujukan. 

NOTICE TO ALL BVC MEMBERS
(28 October 2011)

Dear Members,

Further to our constant posting of notice titled "Members Beware" on companies offering membership resale services and renting of timeshare nights, we have received a number of feedbacks from members recently that they received calls from a company located in Mid Valley offering the same service as above. The caller claimed that they are appointed by BVC to offer such services.

Once again, we would like to clarify that Berjaya Vacation Club Berhad has NEVER been involved in any "resale market" and hence has NEVER AND WILL NEVER engage any agent for "resale" or renting of timeshare nights.  Berjaya Vacation Club Berhad will not be responsible for any deal between such resale company and the members, if any.

If you receive such a call, please do not hesitate to contact us so that necessary action can be taken.

Thank you

The Management of Berjaya Vacation Club Berhad

Page: 1  2  3


Back to top